Wednesday, March 5, 2014

Tentang Unifield



Kumpulan Kolej Bersekutu UITM, UTM & JPK

BERMULA sejarahnya dengan tertubuhnya sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali Institut Yayasan Alor Gajah. Institusi ini ditubuhkan pada 11 Julai 1997.
Seterusnya pada 11 Mei 2002, berdasar kepada pembangunan dan perkembangan positif, institut ini telah menukar nama rasminya kepada Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah.

Pelbagai peningkatan dan pembaharuan telah dicapai dibawah pengurusan baru termasuk penukaran nama institusi kepada Kolej Teknologi Unifield (UTC 
 UNIFIELD Technology College),yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 6 Januari 2011 kemudian pada 2013 namanya ditukar kepada UNIFIELD International College.
Kini institusi kami pesat berkembang di dalam A.Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka di dalam sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di Melaka. Program dikendalikan adalah usahasama(Kumpulan Kolej Bersekutu) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). 
Sebuah IPTS yang dikawal penuh oleh Kementerian Pengajian Tinggi, UiTM, UTM & MQA & diakui berpotensi untuk melangkah sebagai sebuah Kolej Universiti. UNIFIELD International College dengan mesej:
Keharmonian, Kesejahteraan, Kemajuan & Kejayaan
"1 SISWA, 1 SISWI, 1 BELIA, 1 KOMUNITI, 1 MALAYSIA"

No comments:

Post a Comment