Wednesday, March 5, 2014

LEPASAN SPM DITIPU !!! TAKE A NOTE





SETIAP PELAJAR MESTI BERHATI-HATI & WASPADA SELALU:
Pesanan Khidmat Masyarakat Ikhlas Dari Kami - Malaysiaku, UNIFIELD Prihatin.

Kementerian Pendidikan akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi kemasukan ke universiti awam dan swasta.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kementeriannya memandang serius isu berkenaan kerana ia membabitkan masa depan pelajar terbabit yang amat mengharapkan untuk memasuki pusat pengajian tinggi.
“Ini kesalahan besar kerana menipu pelajar dan kementerian saya tidak akan berdiam diri dalam menangani isu ini demi kepentingan masa depan pelajar terbabit.

“Saya akan mengarahkan pegawai kementerian ini melakukan siasatan segera serta mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan supaya ia tidak berleluasa sehingga menjejaskan masa depan pelajar.

Pandang serius

“Kita memandang serius perkara ini kerana sindiket sudah berani menyalahgunakan logo kementerian. Siasatan akan dimulakan esok (hari ini) sebaik pegawai terbabit memulakan tugas,” katanya selepas merasmikan Seminar Pembangunan Pendidikan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Dabong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan BH semalam, yang membongkar kegiatan dua sindiket menipu pelajar yang menunggu keputusan SPM untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran bagi menghadiri temu duga kemasukan universiti awam dan swasta.

Sindiket terbabit turut menggunakan logo Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain dalam surat panggilan temu duga yang diedar kepada pelajar.

Mengikut surat itu, pelajar yang lulus temu duga akan terpilih menerima pembiayaan belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta.

Idris berkata, kini banyak penipuan berlaku dalam sektor pendidikan, cuma caranya banyak berubah mengikut peredaran zaman dan kementeriannya akan memastikan perkara itu tidak merebak.

Beliau berharap pihak media terus memberi kerjasama dengan menghebahkan pelbagai bentuk penipuan sindiket agar masyarakat lebih berhati-hati, selain sedar bahawa kementeriannya tidak terbabit dalam hal seperti itu.

[Sumber BERITA HARIAN & LEMBAGA PELINDUNG DAN KEBAJIKAN PENGGUNA MALAYSIA]

                            
                                        TIPU PELAJAR TUNGGU KEPUTUSAN SPM


"Dua sindiket guna logo kementerian, agensi tawar tempat ke IPT" Kementerian sudah keluarkan kenyataan bahawa kami tidak pernah mengeluarkan sebarang notis panggilan temuduga kepada orang awam mengenai kemasukan awal ke universiti.





25 comments:

  1. Kolej ini tipu.Lepasan spm dipanggil temuduga pd 21 april 2019 di minta bayar rm250 bayaran temuduga. Dalam surat tidak disebut ape2 bayaran tapi masa temuduga diminta bayar rm250. Ibu bapa yg bawa anak temuduga dah awal2 kene tipu oleh kplej ini. Hati hati semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai . adik saya baru masuk 2minggu lepas kolej ni ... betul keee ada penipuannnnn . boleh jelaskan takkkkkk

      Delete
    2. hai . adik saya baru masuk 2minggu lepas kolej ni ... betul keee ada penipuannnnn . boleh jelaskan takkkkkk

      Delete
    3. boleh saya tahu bayar rm250 itu utk ape?

      Delete
    4. Rm250 jika berjaya... Klu x berjaya x payah byr lah... Klu tolak tawaran x payah byr...

      Delete
  2. Perlu ada pembuktian sekiranya menipu..jika tiada,anda boleh disaman..jgn tuduh sesuka hati..tak faham sila tanya..

    ReplyDelete
  3. Saya Juga ditipu..bawa anak hadir temuduga di UTM jalan semarak KL..Tak cakap pun kena bayar Masa temuduga. Lepas tu tawarkan 4 kursus semasa menunggu kemasukan. Minta bayaran RM 1500..call bagi discount kami hanya bperlu bayar 900 sahaja sebab PKP Dan Belajar online dirumah.. dimana Saya nak buat aduan? Bukti semua cukup. Ni hp Saya 0196965050

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak puan sudah masuk ke??.. Klu menolak tawaran boleh terus ke kolej utk mintak pemulangan kewangan...

      Delete
  4. Sy ada bawa anak untuk temuduga oleh pihak Kolej Antarabangsa Unified di Hotel Mihrab untuk program diploma UTM dan bayar wang proses RM200

    ReplyDelete
  5. kalau lihat di surat tawaran yuran pendaftaran dikenakan RM2500 boleh 4 Kali bayaran dan yuran pengajian pra UTM RM1500 itu yuran pendaftaran dan pengajian sudah RM4000. Yuran Pengajian Kursus Pengajian Teknologi UTM RM18000 kena buat pinjaman dgn PTPTN...

    ReplyDelete
  6. OK kalau ada sebarang pencerahan sila komen seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke ape yang anda cakap tu?
      Jadi anak tuan/puan masuk belajar atau tidak

      Delete
    2. Betul ke tipu.. Ni anak sy dah masuk kat uic ni.2021 ni.. Boleh bagi pencerahan..

      Delete
  7. Kalau kolej ni menipu, dah lama dah kolej ni tutup atau kena saman dari pihan ibubapa atau undang2 amik tindakan. Malaysia kan ada undang2, takkan la sewenang2 kolej nak menipu. Scammer curi duit orang senyap2 pun, senang je polis nak tangkap. Ni pihak kolej tu jumpa berdepan dengan ibubapa pelajar sendiri. Boleh fikir logik dek akal fikiran. Kalau betul la kolej ni tipu, dah lama kolej ni tutup. Takkan dari 2014 sampai 2021 masih boleh beroperasi macam biasa kan. Jangan mudah pengaruh dengan kata2 orang luar yg tak tahu menahu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolej ni memang berdaftar tapi saya as a ex student kat sini saya tak recommend kepada org kat luar sana belajar kt sini, pengurusan yg sangat teruk, kemudahan dan tmpt belajar pun sangat tak memuaskan, hati hati dengan marketing dorang yang indah khabar dari rupa. Tak tahu nak cakap cuma bila kat sana banyak sangat nak kena bayar sampai kita sendiri tak faham kenapa banyak sangat nak kena bayar.

      Delete
    2. Kalau saman nanti sijil tak laku kalau nak kerja mana mana. So terpaksa la diam kan je. Saha ex student kat kolej uic ni

      Delete
  8. Cuba baca betul ii kat atas tu kan tulis “Pesanan Khidmat Masyarakat Ikhlas Dari Kami - Malaysiaku, UNIFIELD Prihatin”

    ReplyDelete
  9. saya..student uic.bukan nk ckp apa. tpi.. uic ni tak recommended sangat la klau ada uni/kolej lain better ambik tu. sebelum...mnyesal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ye boleh bgtahu kenapa x digalakkan pergi situ

      Delete
    2. saya bekas student jugak kat sana, betul kalau boleh jgn laa belajar kat sana sbb semua nyaa nak kena bayar sampai ada yg tak masuk akal, lagi lagi pengurusan pihak sana sangt teruk

      Delete
    3. same aku pun bekas pelajar situ, memang yuran pengajian dia xmasuk akal, satu lagi if kita bayar terlebih then dan pilangkan duit tu susah weh srs cakap, nasib aku simpan semua bukti pembayaran dan chat dengan admin. saja share pengalaman pilihan kat tangan anda semua be smart okett dalam memilih tempat study

      Delete